PENERANGAN
Acuan
konkrit adalah binaan sementara yang digunakan untuk membentuk konkrit mengikut
bentuk yang dikehendaki berdasarkan kegunaan konkrit tersebut. Acuan konkrit
mesti ditanggalkan selepas konkrit yang dibentuk itu cukup kuat. Acuan konkrit
juga boleh dibuat daripada berbagai jenis bahan samada logam, kayu, kaca
gentian atau plastik gentian.
Pembinaan
acuan konkrit boleh dibuat dengan dua cara iaitu; acuan konkrit tuang dahulu
(pre-cast) dan acuan konkrit tuang di situ (in-situ cast). Acuan untuk konkrit
tuang dahulu dibuat dengan cara yang senang dibuka, mudah alih dan boleh
digunakan berulangkali. manakala acuan untuk konkrit tuang disitu, selain
daripada senang dibuka, tumpuan juga diberikan kepada ketepatan kedudukannya
dan kekuatan menanggung beban konkrit
Acuan
biasanya dibuat untuk pembinaan tapak, ambang, rasuk, tiang, tembok, lantai,
tangga dan sebagainya. Ianya hendaklah direka supaya dapat membentuk dan
menanggung bancuhan konkrit sehingga menjadi keras dan berupaya menyokong
sendiri.
TUJUAN PEMBINAAN KOTAK BENTUK
- Menampung
konkrit basah yang baru dituang bagi membentuknya ke bentuk dan saiz yang
dikehendakki.
- Menanggung
konkrit semasa kerja-kerja
pemadatan (compaction)
- Menahan
konkrit sehingga konkrit tersebut memperolehi kekuatan yang mencukupi
untuk berdikari (self-supporting).
SYARAT-SYARAT
KETEGUHAN KOTAK BENTUK
- Cukup kuat
untuk menampung konkrit basah
- Cukup tegar
- Penyambungan
yang kuat, kemas dan rapat pada bahagian sambungan
- Tidak telap air
- Ukuran dan
dimensi yang betul
- Aras permukaan yang rata
- Boleh
digunakan semula setelah kotak bentuk ditanggalkan
CIRI-CIRI
KOTAK BENTUK
Untuk memastikan mutu siap struktur
konkrit, kotak bentuk hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut :
- Kotak bentuk
hendaklah tegak untuk menahan deflection semasa konkrit dituang
- Kotak bentuk
mestilah mempunyai kekuatan untuk menampung berat atau tekanan serta
getaran semasa proses compaction konkrit
- Kotak bentuk
hendaklah dipasang dengan tepat dan betul mengikut ukuran dan searas
sebagaimana yang telah ditentukan.
- Sambungan
kotak bentuk mestilah rapat dan kemas supaya tidak bocor untuk mengelakkan
kehilangan air konkrit.
JENIS BAHAN KOTAK BENTUK
Papan
dan papan lapis
Bahan ini digunakan dengan
meluas dalam pembinaan kotak acuan baik untuk konkrit tuang dahulu ataupun
mahupun konkrit tuang di situ. papan dan papan lapis mudah didapati dan senang
dikerjakan. kayu lembut separuh kering adalah bahan yang baik untuk membuat
acuan. kayu yang terlampau kering akan menyerap air dari konkrit, manakala kayu
yang basah akan mengecut sekaligus akan mempengaruhi saiz dan bentuk konkrit.
Kayu yang keras pula adalah berat dan susah kerjakan seperti menggergaji dan
memakunya.
Logam
(keluli, besi bergalvani, aluminium dan sebagainya)
Kegunaan logam dalam
pembinaan acuan adalah terhad kepada pembinaan yang tertentu sahaja dan
memerlukan kemahiran yang tersendiri. penghasilan konkrit tuang dahulu biasanya
memerlukan acuan logam kerana ia tahan lasak dan sesuai digunakan berulangkali.
kepingan logam biasanya digunakan dalam pembinaan lantai atas dan bumbung dalam
bangunan yang bertingkat-tingkat. Selain itu logam juga digunakan untuk acuan
pembinaan longkang, culvert, blok konkrit, tiang larik, tiang roman dan
sebagainya.
Kaca
gentian dan plastik gentian
Kaca gentian dan plastik
gentian jarang digunakan sebagai acuan di dalam kerja-kerja pembinaan bangunan.
Bahan ini digunakan khas untuk membina struktur yang mempunyai rekabentuk
tersendiri.
NO. KOD
|
WTP 1033/K 01/NK 01-02
|
Muka
: 03 drp :
05
|
BAHAGIAN-BAHAGIAN KOTAK BENTUK
Antara bahagian-bahagian kotak bentuk ialah :
I. Lapik papan(sheating)
terdiri daripada papan dengan papan bertanggam lidah dan lurah. Tanggam ini
digunakan untuk memastikan acuan kalis air dan memberi permukaan yang licin
kepada konkrit. Papan lapis juga
digunakan terutamanya untuk membentukan permukaan yang lengkap.
II. Papan alas tapak ialah
untuk meluruskan acuan tersebut dan menyokong belebas pada jarak yang sama.
III. Belebas merupakan tetulang
kepada acuan dan menegakan lapik papan supaya kedudukanya tidak berubah.
IV. Susur dinding digunakan
untuk memastikan kelurusan acuan serta mengukuhkan kedudukanya.
V. Tupang digunakan untuk
menentukan jarak diantara kedua-dua lapik papan dalam acuan itu sehingga
bancuhan konkrit ditempatkan.
VI. Rembat bertujuan
mengukuhkan dan menetapkan kedudukan acuan serta menahan tegasan semasa
bancuhan konkrit ditempatkan dan getaran dilakukan.
VII. Pancang digunakan untuk
mengekalkan rembat.
VIII. Dawai digunakan untuk
menarik kedua-dua lapik papan supaya kembang apabila bancuhan konkrit
ditempatkan.
- Pampan tepi acuan
rasuk (Beam / girder side)
- Pampan bawah acuan
rasuk (Beam/girder bottom)
- Tiang T-Post (T-Head
Shore)
- Belebas (Joist Ledger)
- Beroti (Stiffener)
- Tupang (Brace)
- Pengikat (ties)
- Susur Dinding (Waler)
Pengikat Kotak Bentuk ( Formwork Tie )
Fungsi pengikat kotak bentuk :
1. Menguatkan
dan mengukuhkan pembinaan kotak bentuk
2. Menetapkan
saiz dan dimensi kotak bentuk
3. Menghalang
kotak bentuk daripada melengkung
4. Mengikat
kotak bentuk pada dinding dan lantai bangunan
5. Menjadikan
binaan kotak bentuk yang kemas
Dua kategori pengikat kotak bentuk :
1. Recoverable
– boleh digunakan semula
2. Non
recoverable – tidak boleh digunakan semula
APLIKASI PENGIKAT KOTAK BENTUK
|
|||||||
Jenis-jenis pengikat kotak bentuk
1. Snap
tie
2. Loop
End Tie
3. Flat
Strap Tie
ELEMEN KOTAK BENTUK
ASAS
Ia dibina setelah kerja-kerja
pemotongan cerucuk dan ‘lean conc’ selesai.
Untuk bahagian asas biasanya ia mempunyai 2 binaan iaitu ‘pile cap’ dan
‘stump’. Sebelum kotak bentuk dibuat
ukuran terlebih dahulu diambil daripada pelan dan tempat pembinaannya.
Selalunya struktur ‘pile cap’ dan
‘stump’ berbentuk segi empat sama dan segi empat tepat. Ini bermakna, ia mempunyai 4 bahagian sisinya
dan cara pemasangannya ialah dengan membentuk terlebih dahulu 3 bagian sisinya
dan satu sisi lagi akan dipasang ketika 3 sisi tersebut diletakkan pada tempat
pembinaannya. Selepas itu barulah
kerja-kerja pemasangan tetulang dan kerja-kerja konkrit akan dijalankan.
RASUK
BUMI ‘GROUND BEAM’
‘ Ground beam ‘ merupakan binaan struktur
bangunan yang dibina di bawah tanah.
Pembinaan kotak bentuk dijalankan setelah selesai kerja-kerja penimbunan
struktur ‘pile cap’ dan ‘stump’.
Fungsinya adalah untuk mengukuhkan bangunan dan membantu mengagihkan
beban bangunan ke struktur asas.
Biasanya pekerja akan menyiapakan kotak
bentuk lebih awal sebelum kerja-kerja pemasangannya dilakukan. Oleh kerana terdapat bahagian ‘ground beam’
yang sempit, kerja-kerja menyapu minyak pada kotak bentuk dilakukan terlebih
dahulu. Ini semua untuk menjimatkan masa
dan merupakan satu teknik yang digunakan bagi memudahkan kerja.
LANTAI BAWAH ( GROUND FLOOR
SLAB )
Lantai bawah merupakan lantai yang
dibina di atas permukaan penimbusan ‘ground beam’. Biasanya kotak bentuk untuk
lantai bawah tidak tinggi.
Pembinaannya mudah jika dibandingkan dengan pembinaan rasuk. Ini kerana,
ia hanya perlu memasang kotak bentuk tersebut pada bahagian tepi ( keliling )
‘ground beam’ yang telah siap. Pada
tengah-tengah bangunan ia akan memasang kayu 1”x2” untuk turun ( drop ).
Selalunya bahagian ‘drop’ ini merupakan bahagian tandas ataupun dapur.
KOTAK
BENTUK UNTUK TIANG.
Struktur tiang dibina
bertujuan untuk menyokong struktur rasuk bagi lantai atas dan bumbung. Kotak
bentuk untuk tiang mengandungi papan-papan yang dipanggil pendinding
(sheeting). Pendinding di atur dan dipasang tegak mengikut bentuk tiang yang
hendak di bina sama ada segi empat tegak, bulat dan sebainya.
Pendinding yang biasa di
gunakan adalah ynag bersaiz 31.25mm dan 37.5mm tebal. Papan – papan ini akan
dipasang bersama- sama pengikat (cleat) .
Kotak bentuk diperkukuhkan
dan di perkuatkan lagi dengan memasang atau menambah perembat(yokes) pada jarak
yang berubah-ubah, bergantung kepada saiz dan ketinggian tiang yang dibina.
Kemudian pengikat akan pakukan pada satu ahli yang dipasang selari dengan
pendinding yang menjadikannya seperti anak tangga. Perembat dipasang melalui
anak tangga ini dan ikatan ahli-ahli struktur tadi di perkuatkan lagi dengan
penggunaan di antaranya.
Kotak Bentuk
untuk Tiang
KOTAK
BENTUK UNTUK TIANG TUNGGUL (STUMP)
Kaedah membina kotak bentuk
untuk stump sama dengan membina kotak bentuk untuk tiang (column), cuma berbeza
dari segi saiz kedua-dua binaan ini. Bagi pembinaannya, papan atau papan lapis
dipotong mengikut saiz tinggi dan lebar stump tersebut. Kayu 1” x 2” dipaku
pada papan untuk memberikan kekuatan kepada kotak tersebut.
|
KOTAK BENTUK UNTUK RASUK TINGKAT SATU(SLAB)
Setelah
pemasangan kotak bentuk bagi tiang telah siap dan juga telah dikonkrit dan di
buka kotak bentuk bagi tiang tersebut mengikut waktu pembukaannya, kotak bentuk
bagi rasuk dibuka satu persatu. Reka bentuknya adalah seperti palung dengan
kedua-duanya sisinya serta tapak.
Kerja
pemasangannya dilakukan dengan menaikkan bahagian lantai atau tapak rasuk di
mana pada setiap hujung tapak tersebut ditemukan bersama-sama di tepi tiang dan
di atas permukaan tiang. Untuk mengelakkan daripada ia melengkung, tupang
sementara digunakan dari bawah tapak rasuk sehinggalah di atas permukaan
lantai. Jarak di antara tupang adalah di antara 0.75 m dari tengah ke tengah.
Selepas daripada itu, barulah kedua-dua sisi rasuk dinaikkan mengikut ukuran
yang telah ditetapkan dan ia dipakukan dan juga diketatkan dengan menggunakan
baji.
KOTAK BENTUK UNTUK DINDING
Bagi struktur ini, kotak
bentuk bergerak dan memanjat digunakan. Ianya mengandungi papan yang disusun
rapat dan diteguhkan lagi dengan perembat dan pengikat-pengikat bolt dan nat
dipasang menerusi kotak bentuk dinding yang dicadangkan itu.
Bolt yang digunakan ialah
batang keluli lembut bergaris pusat 3 mm dan berbenang pada kedua-dua hujung.
Proses ini akan menggenggam bahagian- bahagian kotak bentuk pada tempatnya. Ini
membolehkan ia menanggung segala beban yang dikenakan apabila kerja konkrit
dijalankan.
Papan kotak bentuk
ditanggalkan apabila konkrit telah mengeras. Setelah dibersihkan, papan ini
dipasang di atas dinding konkrit untuk menyambung kerja-kerja yang dilakukan
tadi dengan cara yang sama. Cara ini digunakan untuk dinding di mana
ketinggiannya lebih dari 1 meter.
KOTAK BENTUK UNTUK TANGGA
Kotak bentuk untuk tangga
dipasang mengikut kedudukan dalam pelan yang telah di tetapkan. Kotak bentuk
ini terdiri daripada lapisan papan lapis sahaja. Ia dipasang mengikut susunan
anak tangga,
Pemasangan
kotak bentuk untuk tangga
Tiap-tiap jenis acuan
mempunyai cara pembinaan dan kaedah yang tersendiri. Rajah di bawah menunjukkan
pembinaan kotak acuan untuk ground beam, column, upper floor / roof beam,
arches dan slab.
Apabila
memasang tiang jermang (prop), baji hendaklah ditempatkan pada kakinya untuk
mendapatkan aras yang sama. papan pengalas hendaklah digunakan untuk mencegah
mendapan tiang jermang ke dalam tanah. Jermang ini boleh dibuat daripada besi
ataupun kayu berupa T. Tiang jermang ini mestilah berupaya menanggung kesemua
beban dan tegasan yang diterima oleh acuan. Oleh sebab itu bahan yang digunakan
mestilah bermutu baik dan saiznya cukup besar. Jarak di antara jermang pula
berdasar kepada beban yang ditanggung
KEDUDUKAN
RASUK
§
Rasuk bumi (ground beam)
§
Rasuk tingkat atas
§
Rasuk bumbung (roof beam)
Kedudukan
struktur rasuk pada sebuah bangunan
0 comments: